Bahasa:  
Kata-Kata Aluan daripada Ketua Pegawai EksekutifKata-Kata Aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Semua!

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Perumahan

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Perbadanan Pembangunan Perumahan HDC. 

Di HDC kami berusaha untuk menyediakan KEDIAMAN YANG BERKUALITI DAN MAMPU DIMILIKI oleh rakyat Sarawak layak dan memerlukan.  Adalah menjadi harapan kami agar Laman Web ini dapat menjadi medium untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh semua pengunjung. 

HDC memulakan operasi pada tahun 1972 and sejak itu kami telah membina 29,983 rumah mampu milik (rumah kos rendah) di seluruh Sarawak.  Kami membangunkan rumah di kawasan Bandar dan juga luar Bandar, termasuklah program bantuan kepada penduduk rumah panjang untuk membaikpulih atau membina rumah panjang baru melalui Program Pinjaman Rumah Panjang yang ditawarkan. 

Selaras dengan perkembangan peranan yang dimainkan oleh HDC, lebih banyak program dilaksanakan di negeri ini untuk memenuhi keperluan pelbagai sasaran penduduk seperti penyediaan Flat Sewa khas untuk mengurangkan jumlah setinggan dan juga program Rumah Mesra Rakyat untuk petani dan nelayan yang tidak mampu untuk membina rumah sendiri. 

Halatuju HDC juga telah berubah kepada pembinaan kawasan perumahan yang lebih lengkap dan mesra komuniti dengan menyediakan lebih banyak kawasan hijau, kemudahan yang cukup, infrastruktur yang lebih baik untuk memangkin perkembangan sosio-ekonomi rakyat.  Aspirasi ini digambarkan di dalam perancangan projek-projek baru seperti di Muara Tebas dan perancangan semula Bandar Baru Sibu Jaya.

Terima kasih.

Selamat datang ke Laman Web HDC. 

Di HDC kami berusaha untuk menyediakan KEDIAMAN YANG BERKUALITI DAN MAMPU DIMILIKI oleh rakyat Sarawak layak dan memerlukan.  Adalah menjadi harapan kami agar Laman Web ini dapat menjadi medium untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh semua pengunjung. 

HDC memulakan operasi pada tahun 1972 and sejak itu kami telah membina 29,983 rumah mampu milik (rumah kos rendah) di seluruh Sarawak.  Kami membangunkan rumah di kawasan Bandar dan juga luar Bandar, termasuklah program bantuan kepada penduduk rumah panjang untuk membaikpulih atau membina rumah panjang baru melalui Program Pinjaman Rumah Panjang yang ditawarkan. 

Selaras dengan perkembangan peranan yang dimainkan oleh HDC, lebih banyak program dilaksanakan di negeri ini untuk memenuhi keperluan perlbagai sasaran penduduk seperti penyediaan Flat Sewa khas untuk mengurangkan jumlah setinggan dan juga program Rumah Mesra Rakyat untuk petani dan nelayan yang tidak mampu untuk membina rumah sendiri. 