Language:   English  | Malay
online visitor Online Visitors 22
total visitor Total Visitors 2,265,666
Last Update: 22 Aug 2018
Version 8.1.0
skim-skim rumah HDC yang tular di Facebook baru-baru ini
Posted on : 12 Feb 2018  Source of News: skim-skim rumah HDC yang tular di Facebook baru-baru ini
 

 

KUCHING - Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menyeru orang awam supaya tidak mempercayai sebarang maklumat berkaitan skim-skim rumah HDC yang tular di Facebook baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (HDC), Mohamad Asman bin Ahmad berkata, pegawai HDC dibanjiri oleh panggilan telefon daripada orang ramai berikutan penyebaran maklumat itu.
Kata beliau, "HDC tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk memberi maklumat berkenaan skim-skim rumah HDC terutama di Facebook, dan ingin merayu kepada orang ramai supaya mengabaikan maklumat itu.”
Mohamad Asman turut mengesahkan sehingga hari ini, HDC belum lagi mengeluarkan sebarang tawaran untuk projek PPR Sungai Tengah II (Banjaran Serapi II).
HDC meminta maaf kepada orang ramai yang telah dikelirukan oleh maklumat di Facebook.
Bagi mereka yang berminat untuk memohon rumah-rumah HDC, mereka  dinasihati supaya melayari laman web rasmi HDC, http://www.hdc.sarawak.gov.my/ atau menghubungi pegawai pemasaran HDC di 082-443677.