Language:  
online visitor Online Visitors 29
total visitor Total Visitors 2,198,371
Last Update: 23 Jul 2018
Version 8.0.4b
MAKLUMAT TERKINI PROJEK HDC
Posted on : 28 Mar 2018
 

PPR Matang Sungai Tengah II (Banjaran Serapi II)

Sebanyak 439 unit rumah teres satu tingkat dibina di projek ini di mana seramai 4,420 pemohon telah disenaraipendek dan dikehendaki untuk membuat pengesahan hartanah di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching.  Setakat ini, senarai nama pemohon yang berjaya telah dipamerkan di dalam laman sesawang HDC. Pemohon akan dihubungi untuk pengagihan surat tawaran dan cabutan lot. Pemohon dinasihatkan untuk memaklumkan Seksyen Pemasaran sekiranya ada perubahan nombor telefon.

 

PPR Samarahan II

Sebanyak 180 unit rumah teres satu tingkat dibina di projek.  Buat masa ini, HDC sedang dalam proses menyenaraipendek pemohon untuk proses pengesahan hartanah di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan.

 

RMM Sourabaya Heights

Setakat bulan Februari 2018, baki unit kosong untuk rumah teres dua tingkat adalah 86 unit.  Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Kaunter Khidmat Pelanggan dan seterusnya berjumpa dengan pegawai HDC, Cik Jacqueline Charlie atau Encik Joseph Musod untuk membuat tempahan lot.

 

Rumah Mesra Rakyat

HDC telah menerima 431 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) [Skim Individu] yang telah diluluskan oleh pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad.  Surat tawaran telah disediakan dan pengagihan surat tawaran akan diadakan secara berperingkat-peringkat.  Setakat bulan Februari 2018, surat tawaran telah diagihkan di kawasan P.192 Mas Gading, P.193 Petra Jaya, P.194 Santubong, P.196 Stampin, P.197 Kota Samarahan, P.198 Puncak Borneo, P.199 Serian dan P.200 Batang Sadong. 

 

Harga rumah bagi seunit RMR1M ialah dari RM68,000.00 hingga RM79,000.00 mengikut Bahagian/Kawasan Parlimen dengan ansuran bulanan dari RM290.00 hingga RM350.00 dengan kadar faedah 5.1% untuk tempoh pinjaman 25 tahun.