Language:   English  | Malay

online visitor Online Visitors 12
total visitor Total Visitors 2,469,558
Last Update: 15 Nov 2018
Version 8.1.2
JomPAY FAQ:JomPAY FAQ:

Soalan 1 :
Apa itu JomPAY?

Jawapan :
JomPAY adalah skim pembayaran bil kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh MyClear, di bawah naungan Bank Negara Malaysia dengan penyertaan bank-bank dan bil besar. JomPAY mewujudkan ekosistem pembayaran bil boleh diakses kepada pengguna, bank-bank dan bil, di mana pelanggan daripada 42 bank-bank di Malaysia boleh membayar bil di mana sahaja dan bila-bila masa. Untuk perniagaan dan bil, menggunakan JomPAY untuk mengutip bayaran daripada pelanggan menjimatkan masa dan wang, meningkatkan aliran tunai, dan membuat perdamaian pembayaran diterima dan lebih mudah.


Soalan 2 :
Apakah kemudahan yang disediakan melalui JomPAY?

Jawapan :
Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan bayaran balik pinjaman perumahan/sewa dan penyelengaraan (MC). Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah.


Soalan 3 :
Adakah JomPAY percuma?

Jawapan :
Ya, perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman perumahan/sewa dan penyelengaraan (MC).


Soalan 4 :
Di manakah saya boleh menggunakan JomPAY?

Jawapan :
Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 42 bank yang terlibat. Senarai bank boleh diperolehi di Portal Rasmi JomPAY.


Soalan 5 :
Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?

Jawapan :
Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.


Soalan 6 :
Saya telah mempunyai akaun (perbankan internet) bank yang terlibat. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan JomPAY bagi bayaran balik pinjaman/penambahan pinjaman perumahan/sewa dan penyelengaraan (mc)?

Jawapan :
Anda hendaklah mendapatkan Biller Code dan Ref-1 serta Ref-2 dari pihak HDC


Soalan 7 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Biller Code?

Jawapan :
Biller Code adalah nombor unik untuk mengenalpasti Biller bagi JomPAY. Biller Code bagi JomPAY HDC adalah seperti berikut.

Kemudahan

Biller Code

Pinjaman Perumahan/Sewa Dan Penyelengaraan (Mc)

61887


Soalan 8 :
Apakah Ref-1?

Jawapan :
Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh HDC untuk mengenal pasti akaun pinjaman perumahan/sewa dan penyelengaraan (mc) anda.


 Soalan 9 :
Adakah Ref-1 berubah-ubah untuk bayaran seterusnya?

Jawapan :
Tidak. Ref-1 untuk JomPAY HDC adalah tetap berdasarkan no akaun pinjaman perumahan/sewa dan penyelengaraan (mc) pelanggan. Pelanggan digalakkan mengemaskini sebagai Favourites setelah berjaya membuat transaksi pertama.


Soalan 10 :
Apakah langkah-langkah untuk menggunakan JomPAY Online?

Jawapan :
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan JomPAY Online (Untuk CIMB Click):

  1. Login ke dalam on-line banking anda
  2. Klik pada menu ‘Pay’ dan pilih ‘Bills’
  3. Pilih akaun bank anda dan pilih ‘JomPay’
  4. Seterusnya, masukkan Biller Code = 61887 dan klik ‘Submit’
  5. Masukkan perkara berikut:-
  6. Ref-1 = Nombor Akaun Pinjaman/Sewa/ penyelengaraan (MC) anda
  7. Ref-2 = Nombor Kad Pengenalan anda
  8. Amount = Jumlah yang hendak dibayar
  9. Klik ‘Proceed To Payment’

10.  Semak butiran pembayaran

11.  Klik ‘Request for TAC’, dan masukkan nombor TAC dan tekan ‘Confirm’

12.  Selesai.


Soalan 11 :
Siapakah kategori pelanggan yang boleh menggunakan JomPAY?

Jawapan :
Jika pemilik Akaun Pinjaman/Sewa/ penyelengaraan (MC) meminta pihak ketiga membuat bayaran, pastikan Ref-2: dimasukkan No Kad Pengenalan pemilik akaun tersebut.


Soalan 12 :

Adakah terdapat had bagi bayaran melalui JomPAY?

Jawapan :
Had bayaran bagi JomPAY adalah seperti berikut:

Kemudahan

Had minimum

Had maksimum

Bayaran balik Pinjaman/Sewa/ penyelengaraan (MC)

RM1.00

Tiada had


Soalan 13 :
Apakah yang perlu saya lakukan setelah bayaran tidak berjaya?

Jawapan :
Pertama sekali, pastikan butiran bayaran adalah betul termasuk Biller Code, Ref-1 dan Jumlah Pembayaran.

Untuk bantuan seterusnya, sila hubungi HDC HQ 082-444346/444548, HDC Sibu 084-236227/228/229 dan HDC Miri 085-656134/661058.